20150330

JAWATAN KOSONG DI KUMPULAN PENDIDIKAN SOFA



JAWATAN KOSONG DI KUMPULAN PENDIDIKAN SOFA

Semua yang berkelayakan diperlukan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Ketua Pegawai Operasi
• Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang perniagaan, pentadbiran dan berkaitan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganyan
• Kepujian dalam Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannya.
• Pengalaman sekurang-kurangnya lima (5) tahun dalam bidang pembangunan perniagaan/ pengurusan institusi/sekolah dan mempunyai daya memimpin yang tinggi.

2. Juruteknik/Penyelenggara
• Terdiri daripada Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
• Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil/ Diploma Kejuruteraan Elektrik/ Elektronik yang diitiraf oleh Kerajaan
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
• Pengalaman sebagai juruteknik/penyelenggara

3. Pembantu Sumber Manusia/ Operasi/ Pentadbiran
• Terdiri daripada Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
• Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil/ Diploma dalam bidang Sumber Manusia/ Pengurusan Pejabat yang diitiraf oleh Kerajaan
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
• Mempunyai pengalaman sebagai pembantu tadbir di dalam Sumber Manusia

4. Warden Sepenuh Masa (L/P)
• Terdiri daripada Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
• Mempunyai pengalaman sebagai sebagai warden asrama lelaki/perempuan
• Mempunyai latar belakang agama
• Boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik

5. Pembantu Makmal
• Terdiri daripada Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang dari 30 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
• Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta lulus subjek Matematik atau salah satu daripada subjek Sains pada peringkat peperiksaan tersebut
• Syarat Bahasa Melayu : Lulus (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
• Mempunyai pengalaman sebagai pembantu makmal sekolah.

6. Guru Akademik
• Terdiri daripada Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
• Sekurang-kurangnya mempunyai Diploma/Ijazah dari universiti tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan
• Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
• Pengalaman mengajar diberi keutamaan

7. Guru Turath/Tahfiz
• Terdiri daripada Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang dari 24 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
• Sekurang-kurangnya mempunyai Diploma/Ijazah dari universiti tempatan/luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan
• Mempunyai Sijil Tahfiz dari institusi yang diikhtiraf/Ijazah dari universiti dalam negara/luar negara
• Pengalaman mengajar diberi keutamaan

8. Pengawal Keselamatan
• Terdiri daripada Warganegara Malaysia
• Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
• Memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
• Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
• Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik

Segala pertanyaan sila hubungi Siti Zaharah Nuhin di talian 06-7626691 atau hantarkan permohonan ke Pejabat Urusan Kumpulan Pendidikan sofa di alamat Blok B, Jalan Dataran Sentral 3, Dataran Sentral, 70200 Seremban atau emelkan kepada zaharah_assofa@yahoo.com.my

No comments: