20081223

JAWATAN KOSONG GURU

Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah , Seremban mempelawa kepada yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

GURU AKADEMIK & GURU DINIYYAH
~ Warganegara Malaysia (Lelaki / Perempuan)
~ Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tahun 2009
~ Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana IPTA/S dalam @ luar negara
~ Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
~ Keutamaan diberikan kepada guru perempuan yang boleh menjadi warden asrama perempuan
~ Antara subjek yang perlu diisi : Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Tauhid, Akhlak dan lain-lain subjek bergantung kepada kekosongan jawatan

GURU TAHFIZ AL-QURAN
~ Warganegara Malaysia atau bukan warganegara (Hafiz / Hafizah)
~ Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tahun 2009
~ Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dari mana-mana IPTA/S dalam @ luar negara atau mana-mana kelulusan Tahfiz Al-Quran yang akan dinilai oleh pihak pentadbir yang menemuduga
~ Bagi Guru Perempuan : Keutamaan diberikan kepada yang boleh menjadi warden asrama perempuan
~ Waktu bekerja bagi Guru Tahfiz : 7.20 pagi - 12.30 tengahari & 7.00 malam - 9.00 malam.

* Calon-calon akan ditemuduga terlebih dahulu sebelum diterima bekerja di Maahad ini

Maklumat lanjut di http://www.saidiyyah.com/jawatan.html

20081217

Skim Latihan Pekerja Yang Diberhentikan

Kepada mereka yang diberhentikan kerja atau mengenali sesiapa yang diberhentikan kerja akibat kegawatan ekonomi boleh menyertai Skim Latihan Pekerja Yang Diberhentikan anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

Skim latihan ini adalah percuma dengan beberapa syarat antaranya majikan mestilah berdaftar dengan PSMB dan pekerja diberhentikan bukan sebab disiplin dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut skim ini hubungi
WISMA PSMB
Jalan Beringin, Damansara Heights, 50490 Kuala Lumpur.
Tel : 03 - 2096 4800 Fak : 03 - 2096 4999
Laman web http://www.hrdnet.com.my

Menurut maklumat di laman web PSMB terdapat 2 Penyedia Latihan di N.Sembilan iaitu:

Itjaya Training Centre Sdn. Bhd
599b - 600 A/B, 1st Floor
Jalan Haruan 4/8
Oakland Commercial Centre
06-633 3933
06-633 3122
Program Ditawarkan :
Certificate In Computing Applications
Advance Certificate In Business English And Communication


Max-Human Capital Sdn Bhd
Lot 3983/7 & 3983/8
Jalan Haruan 1
Oakland Industrial Park
019-2309730
06-6334812
Program Ditawarkan :
Certificate In Entrepreneurship
Certificate In Business It
Sijil Dalam Asas Keusahawanan (Pengurusan Restoran Dan Kedai Makanan)

Program Sangkutan Dan Latihan Dikalangan Siswazah Menganggur Dan Program Khas Peningkatan Latihan Kemahiran Pekerja Diberhentikan
http://www.epu.jpm.my/Bi/prog_khas_siswazah/skim_programakhbar1.html

20081212

Kursus Pendawaian dan Hawa Dingin Percuma di N.Sembilan

Kursus 1 - Kursus Pemasangan Pendawaian Bangunan – 3 bulan
Kursus 2 - Penghawa Dingin & Ventilasi Mekanikal – 4 bulan

Hubungi Sdr Nazri Esa 012-6775537 / 013-3098875 ( Pendaftar Kursus , Senawang )

KEISTIMEWAAN
1. Kursus adalah percuma tajaan CIDB
2. Diiktiraf oleh CIDB dan Suruhanjaya Tenaga
3. Asrama disediakan
4. Berpeluang melanjutkan pelajaran ke Tahap PW1 ke PW4 dan Chargeman
5. Kandungan kursus 80% secara praktikal
6. Tawaran kad hijau serta perlindungan insuran 24 jam , t-shirt dan topi keselamatan adalah percuma
7. Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkualiti
8. Peluang pekerjaan dalam pebagai bidang industri
9. Peralatan amali dan peralatan pembelajaran ditaja oleh CIDB

Terbuka kepada semua lepasan SPM berumur 35 tahun ke bawah
Tempat terhad untuk setiap sessi
Yuran pendaftaran hanya RM 82

Tawaran Kursus Secara Percuma program tajaan CIDB (Construction Industry Development Board - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan www.cidb.gov.my )

SESSI PENGAJIAN

Kursus 1 - Kursus Pemasangan Pendawaian Bangunan – 3 bulan
TEMPOH PENGAJIAN PENDAFTARAN
Jan – Mac Dis
Apr – Jun Mac
Jul – Sep Jun
Okt – Dis Sep


Kursus 2 - Penghawa Dingin & Ventilasi Mekanikal – 4 bulan
TEMPOH PENGAJIAN PENDAFTARAN
Jan – Apr Dis
Mei – Ogo Apr
Sep – Dis Ogo